Loading...
link : RM 16 bilion Pertingkat Keupayaan Angkatan Tentera Malaysia
RM 16 bilion Pertingkat Keupayaan Angkatan Tentera Malaysia
Loading...
08 November 2020
Anggaran pertahanan 2021 RM15.86 billion (3.84 bio USD), naik sekitar RM200 million dari tahun sebelumnya (photo : AirTimes)
KUALA LUMPUR – Peruntukan RM 16 bilion dalam pembentangan Belanjawan 2021, akan membantu pembangunan keupayaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dirancang berdasarkan senario cabaran dan ancaman semasa serta akan datang.
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang TUDM berkata, ATM menyambut baik Belanjawan 2021 bagi aspek pertahanan yang memerlukan peruntukan besar untuk memperkukuhkan kesiagaan di samping meningkatkan aspek kebajikan warganya.
“Demi menentukan tugas dan tanggungjawab diamanahkan dapat digalas dengan berkesan, amat penting bagi ATM mempunyai tahap kesiagaan aset yang bersesuaian,
“ATM memerlukan aset yang sentiasa berada pada tahap kesiagaan tertinggi agar keupayaan itu dapat dioperasikan sebilang masa sama ada semasa latihan, kesiagaan bertindak mahu pun keupayaan mobilisasi,” kata Affendi dalam satu kenyataan.
Pada masa yang sama, ATM turut menerima peruntukan penyelenggaraan aset-aset utama sebanyak RM 2.3 bilion dan RM500 juta bagi pembinaan hampir 1,000 unit Rumah Keluarga Anggota Tentera (RKAT).
“Peningkatan peruntukan ini adalah amat penting dalam memastikan kesiagaan pengoperasian aset-aset tersebut berada ditahap optimum dan berkeupayaan diatur gerak pada sebilang masa,
“Selain itu, keprihatinan kerajaan untuk terus memberi perhatian kepada aspek penyelenggaraan RKAT juga merupakan inisiatif yang mampu memberi keselesaan kepada anggota dan keluarga,
“Pembinaan unit baharu RKAT ini juga dilihat sebagai penyumbang kepada peningkatan moral warga ATM dalam memastikan kebajikan mereka ini sentiasa diutamakan,” tambahnya.
Affendi turut menjelaskan, ATM perlu bijak dalam menentukan setiap keperluan termasuklah membuat perbelanjaan secara berhemah dan pada masa yang sama meningkatkan keupayaan serta keberkesanan dalam melaksanakan tugas.
“Adalah diakui bahawa kesiagaan ATM memerlukan peruntukan kewangan yang tinggi, namun demikian, ATM sentiada akur dengan keadaan semasa,
“Keseluruhan warga ATM perlu sentiasa peka terhadap betapa pentingnya untuk mengimbangi keupayaan yang dihajati berdasarkan peruntukan kewangan yang mampu disediakan oleh kerajaan,” ujarnya.
(AirTimes)
thus Article RM 16 bilion Pertingkat Keupayaan Angkatan Tentera Malaysia
that is all articles RM 16 bilion Pertingkat Keupayaan Angkatan Tentera Malaysia This time, hopefully can provide benefits to all of you. Okay, see you in another article posting.
You now read the article RM 16 bilion Pertingkat Keupayaan Angkatan Tentera Malaysiawith the link address https://uswordarmy.blogspot.com/2020/11/rm-16-bilion-pertingkat-keupayaan.html
Loading...
0 Response to "RM 16 bilion Pertingkat Keupayaan Angkatan Tentera Malaysia"
Post a Comment