Loading...

APMM Terima Dua Kapal Peronda Baharu untuk Pengawasan Perairan Kelantan, Sarawak

APMM Terima Dua Kapal Peronda Baharu untuk Pengawasan Perairan Kelantan, Sarawak - Hallo friend US WORD ARMY, In the article you read this time with the title APMM Terima Dua Kapal Peronda Baharu untuk Pengawasan Perairan Kelantan, Sarawak, we have prepared well for this article you read and download the information therein. hopefully fill posts Items AIR FORCE, Items ARMY, Items INTELLIGENCE, Items NAVY, Items SPECIAL FORCES, we write this you can understand. Well, happy reading.

Loading...
Title : APMM Terima Dua Kapal Peronda Baharu untuk Pengawasan Perairan Kelantan, Sarawak
link : APMM Terima Dua Kapal Peronda Baharu untuk Pengawasan Perairan Kelantan, Sarawak

see also


APMM Terima Dua Kapal Peronda Baharu untuk Pengawasan Perairan Kelantan, Sarawak

Loading...
07 Juli 2020


KM Kota Kinabalu dan KM Tok Bali (photo : Bernama)

APMM terima dua kapal peronda baharu, perkukuh aktiviti pengawasan perairan negara

PELABUHAN KLANG  -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) hari ini menerima dua kapal peronda generasi baharu (NGPC) bagi memperkukuh aktiviti pengawasan agensi itu di kawasan Zon Maritim Malaysia (ZMM).

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata NGPC terbabit iaitu Kapal Maritim (KM) Kota Kinabalu akan ditempatkan di Kuching, Sarawak manakala KM Tok Bali akan berpangkalan di Tok Bali, Kelantan dan masing-masing akan memfokuskan pada usaha membanteras pencerobohan nelayan asing.

"Pencerobohan bot nelayan asing merupakan satu ancaman kritikal kepada industri perikanan negara. Mereka bukan sahaja merompak hasil laut negara dan menjejaskan sumber pendapatan nelayan tempatan, tetapi turut merosakkan ekosistem dan biodiversiti marin di perairan negara ini," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau sebelum itu  menyaksikan penyerahan NGPC terbabit oleh  Destination Marine Services Sdn Bhd, syarikat tempatan yang membina aset tersebut, kepada APMM di sini.

Mengenai ciri-ciri NGPC berkenaan, Hamzah berkata aset terbabit mampu belayar pada kelajuan 24 knot dan beroperasi di laut selama 10 hari tanpa ulang bekal selain turut dilengkapi meriam 30 mm Aselsan dari Turki, kamera pengawasan jarak jauh serta pesawat tanpa pemandu (UAV).

NGPC berkenaan juga berkemampuan mengendalikan tumpahan minyak secara komprehensif, katanya menambah KM Kota Kinabalu dan KM Tok Bali merupakan antara lima daripada enam NGPC yang diperolehi APMM dengan kos keseluruhan RM400 juta.

APMM juga dijangka menerima tiga kapal peronda luar pesisir (OPV) iaitu satu pada tahun ini dan selebihnya tahun depan untuk memperkemaskan lagi aktiviti pengawasan di perairan negara, kata Hamzah.

Menurutnya OPV terbabit berupaya menjalankan operasi di laut sehingga 21 hari tanpa ulang bekal dan mampu melaksanakan pengawasan jarak jauh sehingga ke kawasan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) serta lokasi di luar jangkauan kapal kecil.

Aset yang mampu membawa 70 anak kapal dengan 20 penumpang pada satu-satu masa itu berkelajuan 21 knot dan dilengkapi UAV, tapak pendaratan helikopter, bot jenis Rigid Hull Inflatable Boat (RHIB), meriam 30 mm Smash Aselsan, fast interceptor craft, bilik rawatan serta bilik tahanan.

Selain itu, Hamzah berkata kementeriannya juga sedang berusaha untuk memperoleh kapal misi pelbagai guna (MPMS) atau kapal induk yang dilengkapi peralatan berteknologi tinggi serta mampu membawa enam unit fast interceptor craft dan UAV.

"Menerusi keupayaan aset seperti ini, saya yakin dalam masa terdekat APMM akan setanding dengan agensi maritim antarabangsa.

"Sebagai agensi utama menjaga kawasan perairan negara, APMM akan diperkasakan dari masa ke masa dengan perolehan aset-aset baharu yang dilengkapi pelbagai kemudahan berteknologi tinggi," katanya.

(Bernama)


thus Article APMM Terima Dua Kapal Peronda Baharu untuk Pengawasan Perairan Kelantan, Sarawak

that is all articles APMM Terima Dua Kapal Peronda Baharu untuk Pengawasan Perairan Kelantan, Sarawak This time, hopefully can provide benefits to all of you. Okay, see you in another article posting.

You now read the article APMM Terima Dua Kapal Peronda Baharu untuk Pengawasan Perairan Kelantan, Sarawakwith the link address https://uswordarmy.blogspot.com/2020/07/apmm-terima-dua-kapal-peronda-baharu.html
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "APMM Terima Dua Kapal Peronda Baharu untuk Pengawasan Perairan Kelantan, Sarawak"

Post a Comment