Loading...
link : APMM Rancang Jadikan Kubang Badak Pangkalan Hadapan Perairan Utara Langkawi
APMM Rancang Jadikan Kubang Badak Pangkalan Hadapan Perairan Utara Langkawi
Loading...
17 Juli 2020
Kubang Badak, Langkawi (image : Google Maps)
LANGKAWI -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah mengenal pasti sebuah lokasi di Kubang Badak di sini untuk dijadikan pangkalan hadapan bagi mengawal kawasan utara perairan pulau ini, kata Ketua Pengarahnya Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som.
Beliau berkata pangkalan hadapan di lokasi itu bakal menambah baik kawalan perairan negara termasuk mengekang pencerobohan oleh pendatang asing tanpa izin (PATI).
"Sebelum timbul isu Rohingya dan COVID-19 baru-baru ini, sebenarnya APMM telah mengenal pasti sebuah lokasi di Kubang Badak yang akan dijadikan sebagai pangkalan hadapan.
APMM merancang untuk menempatkan dua buah bot dan 12 orang anggota di lokasi itu, pangkalan hadapan ini bakal memberi masa respons yang cepat sekiranya berlaku sebarang kejadian seperti aktiviti jenayah atau usaha menyelamat berbanding sekarang kita perlu buat satu pusingan yang jauh ke kawasan perairan utara Langkawi,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai beberapa siri pencerobohan oleh PATI etnik Rohingya menerusi kawasan perairan utara Langkawi yang berlaku sebelum ini.
Terdahulu, Mohd Zubil menyaksikan Majlis Serah Tugas Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis di sini hari ini.
Bekas Pengarah Bahagian Carilamat dan Bantuan Bencana APMM Putrajaya, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi Abdullah kini bertugas sebagai Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis menggantikan Laksamana Muda Maritim Datuk Wan Mohd Affandi Wan Ahmad yang bersara wajib pada 11 Jun lepas.
Turut hadir Timbalan Pengarah Operasi Maritim Malaysia Kedah dan Perlis, Kepten Maritim Zulinda Ramly.
Mengulas lanjut, Mohd Zubil berkata perbincangan lanjut mengenai pangkalan hadapan yang akan menempatkan 12 anggota sedang dijalankan.
“Sekiranya perlu untuk menyewa lokasi itu, APMM akan mengusahakan sekiranya diluluskan, pangkalan hadapan itu akan beroperasi dalam tempoh waktu terdekat,” katanya.
(Bernama)

thus Article APMM Rancang Jadikan Kubang Badak Pangkalan Hadapan Perairan Utara Langkawi
that is all articles APMM Rancang Jadikan Kubang Badak Pangkalan Hadapan Perairan Utara Langkawi This time, hopefully can provide benefits to all of you. Okay, see you in another article posting.
You now read the article APMM Rancang Jadikan Kubang Badak Pangkalan Hadapan Perairan Utara Langkawiwith the link address https://uswordarmy.blogspot.com/2020/07/apmm-rancang-jadikan-kubang-badak.html
Loading...
0 Response to "APMM Rancang Jadikan Kubang Badak Pangkalan Hadapan Perairan Utara Langkawi"
Post a Comment