Loading...

Operasi Helikopter Nuri Ditamatkan - Panglima TUDM

Operasi Helikopter Nuri Ditamatkan - Panglima TUDM - Hallo friend US WORD ARMY, In the article you read this time with the title Operasi Helikopter Nuri Ditamatkan - Panglima TUDM, we have prepared well for this article you read and download the information therein. hopefully fill posts Items AIR FORCE, Items ARMY, Items INTELLIGENCE, Items NAVY, Items SPECIAL FORCES, we write this you can understand. Well, happy reading.

Loading...
Title : Operasi Helikopter Nuri Ditamatkan - Panglima TUDM
link : Operasi Helikopter Nuri Ditamatkan - Panglima TUDM

see also


Operasi Helikopter Nuri Ditamatkan - Panglima TUDM

Loading...
09 Januari 2020


Helikopter S-61 Nuri TUDM (photo : M Radzi Desa)

KUALA LUMPUR: Operasi 12 helikopter Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sudah ditamatkan, kata Panglima TUDM, Jeneral Datuk Seri Ackbal Abdul Samad.

Beliau berkata, pesawat berkenaan yang berusia 50 tahun terlalu uzur untuk beroperasi malah kos penyelenggaraannya terlalu mahal.

“Jika TUDM ada duit sekalipun untuk membeli peralatan selenggara Nuri, ia memakan masa yang lama iaitu antara sembilan bulan hingga ke 18 bulan untuk memperoleh alat ganti.

“Selain itu, TUDM mempunyai perancangan untuk menggantikan pesawat berkenaan tetapi ia masih di peringkat penilaian,” katanya pada sidang media khas Panglima TUDM, di sini, hari ini.

Ackbal berkata, setakat ini beberapa jenis helikopter sudah dikenal pasti untuk menggantikan Nuri sebagai tambahan kepada aset sedia ada.

Diminta mengulas peruntukan TUDM, Ackbal berkata, peruntukan TUDM ketika ini berada di tahap yang ‘selesa’ dan pihaknya sentiasa mengoptimumkan keupayaan pengoperasian aset sedia ada serta meningkatkan kebolehan pasukan itu.

“Ketika ini TUDM mengutamakan perbelanjaan yang berhemah dan meminimumkan majlis keraian yang dirasakan tidak perlu,” katanya.

Pesawat Nuri itu pernah beberapa kali mengalami nahas termasuk terhempas dan mendarat cemas sejak tahun 1991.

Antaranya terhempas pada tahun 2010 di Sintok Kedah, pada tahun 2016 di Tawau Sabah dan Butterwoth, Pulau Pinang tahun yang sama manakala yang terbaharu pesawat itu melakukan pendaratan cemas pada Ogos 2019 di Kem Gubir, Alor Star.

Terdahulu, dalam majlis penyampaian perintah ulungnya, Ackbal menyerahkan jawatan Timbalan Panglima TUDM kepada Leftenan Jeneral Datuk Mohd Asghar Khan Goriman Khan yang berkuat kuasa semalam.

Selain itu, Ackbal turut menggariskan lapan teras bagi menentukan legasi kegemilangan TUDM antaranya memperkasa keupayaan operasi TUDM, pelan pembangunan keupayaan TUDM 2055 dan pangkalan baharu di Sendayan Negeri Sembilan

Sementara itu, dalam majlis lain Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang baharu, Jeneral Tan Sri Affendi Buang memulakan tugas secara rasmi di Wisma Pertahanan.

Panglima ATM ke-21 itu menggantikan Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin. Majlis serah terima tugas berlangsung pada 2 Januari lalu.

Sejurus tiba di perkarangan bangunan itu, Affendi, 57, menerima tabik hormat dan memeriksa kawalan kehormat di Padang Kawad, Dataran Wisma Pertahanan sebelum menuju ke pejabatnya.

Affendi yang dilahirkan pada 21 Ogos 1962 di Kuching, Sarawak adalah Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kedua dilantik sebagai Panglima ATM selepas Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin.

Sebelum pelantikan sebagai Panglima ATM, beliau berkhidmat sebagai Panglima TUDM sejak 21 Disember 2016.

(BeritaHarian)


thus Article Operasi Helikopter Nuri Ditamatkan - Panglima TUDM

that is all articles Operasi Helikopter Nuri Ditamatkan - Panglima TUDM This time, hopefully can provide benefits to all of you. Okay, see you in another article posting.

You now read the article Operasi Helikopter Nuri Ditamatkan - Panglima TUDMwith the link address https://uswordarmy.blogspot.com/2020/01/operasi-helikopter-nuri-ditamatkan.html
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Operasi Helikopter Nuri Ditamatkan - Panglima TUDM"

Post a Comment