Loading...

Doktrin Operasi UAV Sedang Dibangunkan ATM

Doktrin Operasi UAV Sedang Dibangunkan ATM - Hallo friend US WORD ARMY, In the article you read this time with the title Doktrin Operasi UAV Sedang Dibangunkan ATM, we have prepared well for this article you read and download the information therein. hopefully fill posts Items AIR FORCE, Items ARMY, Items INTELLIGENCE, Items NAVY, Items SPECIAL FORCES, we write this you can understand. Well, happy reading.

Loading...
Title : Doktrin Operasi UAV Sedang Dibangunkan ATM
link : Doktrin Operasi UAV Sedang Dibangunkan ATM

see also


Doktrin Operasi UAV Sedang Dibangunkan ATM

Loading...
25 April 2019


UAV dalam TUDM CAP 55 program (image : Mal DoD)

KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedang membangunkan doktrin dan konsep operasi pesawat terbang tanpa pemandu (UAV) agar pengoperasiannya dapat digunakan secara efektif dan berkesan dalam menjaga persempadanan daratan serta maritim negara.

Timbalan Menteri Pertahanan, Senator Liew Chin Tong berkata, teknologi UAV didapati efektif berdasarkan daya ketahanan yang lama, jarak pengoperasian yang jauh, selain keupayaan dan kelebihan sensornya.

“ATM setuju dan mengakui kepentingan teknologi UAV pada masa sekarang dan masa hadapan sebagai salah satu strategi peperangan, di samping dapat meningkatkan keupayaan ATM bagi memantau sempadan daratan dan maritim negara.

“Buat masa ini, ATM telah pun mempunyai keupayaan UAV di dalam perkhidmatan bagi tujuan pengawasan, serta turut bekerjasama dengan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) bagi tujuan pemetaan,” katanya ketika sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Theodore Douglas Lind mengenai sama ada teknologi ‘drone’ akan diperkenalkan dan digunakan ATM pada masa sekarang dan masa hadapan sebagai satu strategi peperangan yang baharu supaya ATM dapat bersaing dengan angkatan tentera negara jiran.

Chin Tong berkata, teknologi UAV juga akan digunakan sebagai salah satu elemen sistem pengawasan dengan jaringan aktiviti perisikan, pengawasan, pengesanan dan peninjauan (ISTAR) dalam ‘masa sebenar’ dan diintegrasi ke dalam sistem ‘Operasi Jaringan Berpusat’ (NCO) ATM yang kini sedang dibangunkan.

“Keupayaan ini dilihat sebagai kekuatan berganda bagi memantapkan lagi sistem pemantauan daratan dan juga ruang udara negara.

“ATM juga telah lama mengadakan idea untuk mengintegrasikan teknologi dalam pelbagai bidang dalam ATM* kementerian juga mengambil kira industri 4.0 termasuklah penggunaan dan pengoperasian UAV dan kecerdasan buatan* semua ini akan diambil kira dan dilaksanakan,” katanya.

(Utusan)


thus Article Doktrin Operasi UAV Sedang Dibangunkan ATM

that is all articles Doktrin Operasi UAV Sedang Dibangunkan ATM This time, hopefully can provide benefits to all of you. Okay, see you in another article posting.

You now read the article Doktrin Operasi UAV Sedang Dibangunkan ATMwith the link address https://uswordarmy.blogspot.com/2019/04/doktrin-operasi-uav-sedang-dibangunkan.html
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Doktrin Operasi UAV Sedang Dibangunkan ATM"

Post a Comment