Loading...

TLDM Lakukan Pelancaran Program UAS

TLDM Lakukan Pelancaran Program UAS - Hallo friend US WORD ARMY, In the article you read this time with the title TLDM Lakukan Pelancaran Program UAS, we have prepared well for this article you read and download the information therein. hopefully fill posts Items AIR FORCE, Items ARMY, Items INTELLIGENCE, Items NAVY, Items SPECIAL FORCES, we write this you can understand. Well, happy reading.

Loading...
Title : TLDM Lakukan Pelancaran Program UAS
link : TLDM Lakukan Pelancaran Program UAS

see also


TLDM Lakukan Pelancaran Program UAS

Loading...
25 November 2018


UAS TLDM (photos : TLDM)

Unmanned Aerial Systems (UAS) TLDM, Program Terbaru TLDM dalam Usaha PertingkatT #Keselamatan Maritim

Lumut – Warga Navy People di Pangkalan TLDM Lumut pada tanggal 21 Oktober 2018 menyaksikan Pelancaran Program UAS TLDM dan pelantikan rasmi Tim Nukleus yang akan mengkoordinasikan program ini. Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Haji Ahmad Badaruddin disaksikan oleh Jawatankuasa Laksamana Lumut, Pegawai-pegawai Kanan dan warga Navy People yang berkhidmat di bawah naungan Markas Udara TLDM.

Selari Pelan Transformasi 15to5 yang diilhamkan oleh Yang Berbahagia Panglima Tentera Laut, TLDM bakal memiliki keupayaan Unmanned Aerial Systems (UAS) sebagai Maritime Force Multiplier bagi memperkasakan kesiagaan pertahanan maritim negara khususnya di Zon Ekonomi Ekslusif (ZEE) dan kawasan berkepentingan negara. Berdasarkan rancangan program Maritime Security Initiative (MSI) tajaan kerajaan Amerika Syarikat (AS) bagi meningkatkan tahap keselamatan maritim dan interoperability negara serantau di perairan Laut China Selatan dan Lautan Sulu, TLDM telah ditawarkan 2 set sistem UAS yang dijangka dibekalkan pada suku kedua tahun 2019.



Panglima Tentera Laut berbesar hati melancarkan Program UAS TLDM ini disamping turut menyempurnakan penyerahan Sijil Pelantikan kepada Tim Nukleus yang dipertanggungjawabkan bagi menyelia dan menentukan pengoperasian UAS ini. Tim Nukleus terdiri daripada tiga orang dan diketuai oleh Lt Kdr Mohamad Nizam bin Mohamad Said TLDM yang berkepakaran Juruterbang TLDM. Tim Nukleus UAS ini akan melaksanakan segala aktiviti dan keperluan yang menjurus kepada penubuhan Skuadron UAS TLDM dan bertanggungjawab membangunkan konsep operasi UAS di bawah seliaan Bahagian Operasi dan Eksesais Markas Tentera Laut.

Dalam ucapan beliau, Panglima Tentera Laut berkata Perolehan UAS ke dalam sistem pertahanan TLDM mampu meningkatkan keupayaan pemantauan sedia ada dengan ketara. Beliau turut menjelaskan keyakinan terhadap sistem UAS ini dalam mempertingkat kemampuan TLDM dalam menjaga kedaulatan dan keselamatan perairan maritim negara. Dengan teknologi ini juga, pertahanan maritim negara adalah setaraf dan mampu berdiri seiring negara lain.

Mengambil kira faktor geopolitik dan geostrategik semasa, TLDM sentiasa optimis dalam mempertingkat pengukuhan kedaulatan maritim dan pemerkasaan Maritime Domain Awareness (MDA) secara optimum. Penggunaan UAS ini dilihat sebagai inisiatif dan pendekatan yang strategik bagi memenuhi keperluan semasa dalam menangani cabaran yang kian mencabar terutama di Laut China Selatan.

(TLDM)


thus Article TLDM Lakukan Pelancaran Program UAS

that is all articles TLDM Lakukan Pelancaran Program UAS This time, hopefully can provide benefits to all of you. Okay, see you in another article posting.

You now read the article TLDM Lakukan Pelancaran Program UASwith the link address https://uswordarmy.blogspot.com/2018/11/tldm-lakukan-pelancaran-program-uas.html
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "TLDM Lakukan Pelancaran Program UAS"

Post a Comment